Madu Lebah Asli

Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria.Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria. Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin.

 

Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin. Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.

 

Di dalam Al Quran telah tertulis madu boleh menyembuh pelbagai penyakit.

 

Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.

 

Mana kala bila dicampurkan sedikit cuka dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut.  Madu juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.

 

Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung.

 

Banyak lagi khasiatnya yang boleh diketahui menerusi kajian dan bacaan melalui internet.